Monday, December 8, 2014

Ustaz Pintar Al-Quran


1. Al-Quran adalah rujukan utama umat Islam.
2. Kita digalakkan membaca, mentadabbur, mengamalkan isi kandungannya serta disuruh untuk menyampaikannya kepada seluruh manusia.
3. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya Thaqafah Daieyah menyarankan agar setiap daie menulis pengajaran-pengajaran daripada Al-Quran setiap hari untuk panduan diri sendiri dan orang lain.
4. Blog ini adalah satu usaha kecil saya untuk lebih mendalami Al-Quran dan berusaha menyampaikan pengajaran-pengajarannya kepada masyarakat pembaca.
5. Sebagai graduan Fakulti Usuluddin Pengkhususan Tafsir Universiti Al-Azhar, amanah menyampaikan dan menjawab persoalan masyarakat wajib saya pikul. Jika bukan saya, maka siapakah lagi?
6. "Al-Quran itu ubat, petunjuk ke jalan benar."

Ustaz Mohd Firdaus Salleh Hudin
9 Disember 2014
Felda Mempaga, Karak.